Posted by: arifinzainal12 | 22 Julai 2009

TIKUS ( Rattus Argentiveter )

Pengenalan

TIKUS SAWAH

Tikus adalah antara perosak tanaman padi yang utama diMalaysia. Ia boleh mengakibatkan kerosakan pada semua peringkat tanaman padi. Tikus merupakan haiwan yang cepat membiak dan sepasang tikus mampu membiakan 500 ekor tikus dalam setahun.

Tanda-tanda Serangan Tikus

Serangan tikus akan menyebabkan kesan batang padi seperti dikerat. Kesan serangan dapat dilihat secara bertompok-tompok dan daun kelihatan kekuningan serta kering.

Kawalan Tikus

Kawalan tikus terbahagi kepada 4 kaedah iaitu:

1. Kawalan Secara Amalan Kultura

Bersihkan kawasan sawah dan taliair dari rumpai dan semak samun. Saiz batas bendang perlu dikecil dan direndahkan. Tanam padi serentak mengikut jadual.

2. Kawalan Secara Mekanikal

Kawalan secara mekanikal boleh dijalankan dengan menggunakan perangkap tikus, pemasangan pagar plastik dan pemasangan pagar zink. Aktiviti memburu dan membunuh tikus secara gotong-royong juga boleh dijalankan.

3. Kawalan Secara Biologi

Guna pemangsa seperti burung hantu/ helang kucing dan tingkatkan bilangan burung ini dengan menyediakan sarang buatan.

4. Kawalan Secara Kimia

Guna racun kimia mengikut kaedah mengumpan yang disyorkan. Letakkan satu ketul racun lilin setiap 10 langkah di tepi batas, lubang dan di tempat laluan tikus. Pengumpanan dimulakan seminggu sebelum menabur. Pengumpanan dijalankan setiap minggu selama 6 minggu atau sehingga racun tidak dimakan lagi. Elakkan penggunaan racun hitam (zink phosphide) yang membahayakan manusia dan haiwan lain.  Pengumpanan dijalankan secara berkumpulan dan jangan lakukan kawalan secara kimia di kawasan yang mempunyai sarang burung helang kucing yang dihuni.

GOTONG MENGUMPAN TIKUSMEMASANG RACUN TIKUS


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: