Posted by: arifinzainal12 | 14 Mei 2009

HARI BERTEMU PELANGGAN PEJABAT PERTANIAN DAERAH SABAK BERNAM

Program Hari Bertemu Pelanggan Pejabat Pertanian Daerah Sabak Bernam diadakan pada 29hb. April 2009 sempena bulan tanaman bertempat di perkarangan Pejabat Pertanian dalam Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam.

Tujuan program ialah untuk mendekatkan pelanggan khususnya masyarakat petani dan penjawat awam di kompleks kerajaan daerah Sabak Bernam dengan fungsi Pejabat Pertanian. Pelanggan yang datang boleh mendapat maklumat daripada agensi dan usahawan bimbingan Jabatan Pertanian serta berpeluang untuk mendapat benih dan anak pokok.

Dalam program Hari Bertemu Pelanggan, Pejabat Pertanian daerah juga ada membuka Klinik Pengembangan untuk memberi peluang kepada pelanggan membuat aduan berhubung masalah atau mendapatkan perkhidmatan kepada pegawai yang ditugaskan. Dalam program tersebut juga diadakan gerai pameran dan jualan yang berkaitan tanaman yang dikendalikan oleh agensi kerajaan dan usahawan bimbingan Jabatan Pertanian. Turut di adakan pada hari tersebut ialah penyerahan Kit Bumi Hijau dan pertandingan memasak.

Lebih 600 pelanggan yang hadir pada program Hari Bertemu Pelanggan Pejabat Pertanian Daerah Sabak Bernam. Antara tetamu yang hadir ialah Tuan Pegawai Daerah Sabak Bernam, Orang Besar Daerah Sabak Bernam dan Ketua-Ketua Jabatan di daerah Sabak Bernam. Hj Anuar merasmikan majlisProgram dirasmikan oleh Hj Anuar b Bujang – Pegawai Pertanian Daerah Sabak Bernam

Antara Tetamu Yang Hadir Do & OBDAntara tetamu yang hadir ialah Tuan DO dan Orang Besar Daerah Sabak Bernam

Antara Pengusaha Yg Turut Serta

Pengusaha yg turut serta

 

 

 

 

 

 

Antara pengusaha bimbingan Jabatan Pertanian yang turut serta mengambil bahagian.

Meja Aduan PelangganMeja Aduan Pelanggan untuk pelanggan membuat aduan atau mendapat bimbingan.

Hands on campuran tanahHands on membuat campuran tanah untuk tanaman

Menyampaikan Kit Bumi Hijau Kpd OBDPegawai Pertanian menyampaikan Kit Bumi Hijau kepada Orang Besar Daerah

Penyampaian Hadiah Kpd Pengunjung BertuahTuan Hj Sharif Nordin b Bangi menyampaikan hadiah kepada pengunjung bertuah

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: