Posted by: arifinzainal12 | 27 April 2009

PEROSAK TANAMAN PADI – BENA PERANG

Nama  Perosak  : Bena Perang (Nilaparvata lugens)

Status Perosak  : Utama

Bahagian diserang      : Pangkal batang pokok padi

Peringkat diserang      : Semaian hingga terbit.

 

Dewasa

Seperti kebanyakan serangga dalam keluarga Delphacidae, bena perang wujud dalam dua bentuk pada peringkat dewasa. Semasa dalam musim penanaman padi, bena perang berkepak panjang atau ‘macropterous’ akan wujud manakala di luar musim tanaman padi bena perang berkepak pendek atau ‘brachyterous’ akan wujud. ‘Macropterous’ mempunyai saiz badan 5 mm panjang manakala ‘brachyterous’ bersaiz 3.5 mm panjang.

bena-perang-kepak-panjang3Gambar Bena Perang berkepak panjang

bena-perang-pendek2

 Gambar  Bena Perang berkepak pendek

Telur                                                                                                                                                                                                                              Bila berjumpa pokok padi yang sesuai, bena perang betina akan bertelur di dalam tisu batang atau daun. Serangga betina boleh bertelur sebanyak 715 biji telur sepanjang hayatnya dan telur ini akan menetas dalam masa 7 hari.

bena-perangtelur1Gambar Telur Bena Perang

Edaran Hidup

bena-perang-putaran-hidup1

Telur     : 08 – 09 hari

Anak jelmaan : 12 – 14 hari

Dewasa : 12 – 18 hari

Kerosakan:                                                                                                                                                                                                            Serangga dewasa dan nim(anak jelmaan) akan menyerang pokok padi yang berumur 40 – 80 hari selepas tabur dengan menghisap cecair dari pokok. Serangan dalam populasi yang banyak akan menyebabkan pokok menjadi kuning dan mati dan keadaan ini dikenali sebagai ‘hopperburn’. Serangan pada peringkat awal pertumbuhan pokok menyebabkan pengurangan pada pembentukan anak padi (tillers) dan membantutkan pertumbuhan pokok. Serangan pada peringkat pembentukan tangkai menyebabkan terhasilnya padi yang tidak penuh.

bena-perang-kesan-serangan3

 Gambar  Kejadian ‘Hopperburn‘ akibat serangan Bena Perang

Kawalan:

Kawalan Biologi                                                                                                                                                                                                      Kajian yang dijalankan di kawasan tropika menunjukkan bahawa kehadiran musuh semulajadi adalah penting dalam mengawal populasi bena perang. Antara pemangsa utama adalah labah-labah seperti Lycosa sp (Wolf spider) dan kepinding (mirid bug) Cyrtorhinus lividipennis.

Kawalan Kimia                                                                                                                                                                                                     Kawalan bena perang boleh dijalankan dengan menanam varieti rintang kepada bena perang contohnya MR 219. Jangan guna baja nitrogen berlebihan dan amalkan penanaman serentak. Sembur racun serangga yang disyorkan apabila populasi bena perang mencapai 20 ekor dewasa/perdu dan 50 ekor anak/perdu. Jenis racun yang disyorkan adalah buprofezin, buprfezin + isoprocarb, imidacloprid,  fipronil dan thiamethoxam.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: