Posted by: arifinzainal12 | 29 November 2009

‘Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji bagi yang mampu. Dan bagi sesiapa yang ingkar sesungguhnya Allah maha kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun dari sekelian makhluk’

Surah Al-Imran – ayat 97

Posted by: arifinzainal12 | 27 November 2009

AKTIVITI PROGRAM BUMI HIJAU BULAN OKTOBER 2009

Posted by: arifinzainal12 | 28 Oktober 2009

P4160165

Posted by: arifinzainal12 | 28 Oktober 2009

FAJAR

Posted by: arifinzainal12 | 23 Ogos 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 1430

Kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 1430 (Sabtu 22/8/2009) dan

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA. Semoga umat Islam sentiasa didalam peliharaan Allah. Amin.

Posted by: arifinzainal12 | 22 Julai 2009

TIKUS ( Rattus Argentiveter )

Pengenalan

TIKUS SAWAH

Tikus adalah antara perosak tanaman padi yang utama diMalaysia. Ia boleh mengakibatkan kerosakan pada semua peringkat tanaman padi. Tikus merupakan haiwan yang cepat membiak dan sepasang tikus mampu membiakan 500 ekor tikus dalam setahun.

Tanda-tanda Serangan Tikus

Serangan tikus akan menyebabkan kesan batang padi seperti dikerat. Kesan serangan dapat dilihat secara bertompok-tompok dan daun kelihatan kekuningan serta kering.

Kawalan Tikus

Kawalan tikus terbahagi kepada 4 kaedah iaitu:

1. Kawalan Secara Amalan Kultura

Bersihkan kawasan sawah dan taliair dari rumpai dan semak samun. Saiz batas bendang perlu dikecil dan direndahkan. Tanam padi serentak mengikut jadual.

2. Kawalan Secara Mekanikal

Kawalan secara mekanikal boleh dijalankan dengan menggunakan perangkap tikus, pemasangan pagar plastik dan pemasangan pagar zink. Aktiviti memburu dan membunuh tikus secara gotong-royong juga boleh dijalankan.

3. Kawalan Secara Biologi

Guna pemangsa seperti burung hantu/ helang kucing dan tingkatkan bilangan burung ini dengan menyediakan sarang buatan.

4. Kawalan Secara Kimia

Guna racun kimia mengikut kaedah mengumpan yang disyorkan. Letakkan satu ketul racun lilin setiap 10 langkah di tepi batas, lubang dan di tempat laluan tikus. Pengumpanan dimulakan seminggu sebelum menabur. Pengumpanan dijalankan setiap minggu selama 6 minggu atau sehingga racun tidak dimakan lagi. Elakkan penggunaan racun hitam (zink phosphide) yang membahayakan manusia dan haiwan lain.  Pengumpanan dijalankan secara berkumpulan dan jangan lakukan kawalan secara kimia di kawasan yang mempunyai sarang burung helang kucing yang dihuni.

GOTONG MENGUMPAN TIKUSMEMASANG RACUN TIKUS

Posted by: arifinzainal12 | 21 Julai 2009

PENYAKIT BINTIK PERANG PADA TANAMAN PADI

  • Di sebabkan oleh sejenis kulat bawaan biji benih (Helminthosporium oryzae)
  • Bintik berwarna kelabu atau keputihan pada daun atau biji padi.
  • Serangan teruk boleh mengurangkan hasil sehingga 45%.
  • Kulat boleh hidup sehingga 4 tahun pada biji benih.
  • Serangan di kesan pada peringkat awal 45hst dan sehingga padi mula terbit.

Lot sawah kena bintik perang Lot sawah yang diserang penyakit bintik perang

Daun Padi Yang Diserang Bintik PerangBuah padi yang diserang bintik perangTanda serangan penyakit pada daun dan buah padi

LANGKAH PENCEGAHAN

  • Musnahkan sumber penyakit dengan membakar tunggul dan sisa tanaman.
  • Rawat biji benih dengan racun kulat yang disyorkan.
  • Gunakan baja berunsur silika untuk meningkatkan ketahanan pokok terhadap jangkitan.
  • Penggunaan baja tambahan lebih K(Kalium) dan jangan guna baja urea berlebihan.
  • Lakukan pengapuran sekurang-kurangnya 2 mt semasa persediaan tanah.
  • Kawalan kimia sekiranya serangan teruk.

KAWALAN KIMIA SEKIRANYA SERANGAN TERUKKawalan secara kimia sekiranya serang teruk

PENGURUSAN BAJA

  • Galakan pembajaan berunsur silika untuk meningkatkan ketahanan pokok terhadap jangkitan.
  • Pastikan baja tambahan lebih K(Kalium) dan jangan guna baja urea berlebihan.
  • Lakukan pengapuran sekurang-kurangnya 2 mt semasa persediaan tanah.

Musnahkan / bakar

  • Sisa tanaman berpenyakit
  • Jerami padi
  • Rumpai

jgn guna dari kawasan berpenyakitJANGAN GUNA BENIH PADI DARI KAWASAN BERPENYAKIT

LAKUKAN PENGAWASAN LEBIH KERAP SUPAYA PENYAKIT DAPAT DIKESAN AWAL

AGAR TINDAKAN KAWALAN DAPAT DIAMBIL SEGERA

Noriah B Hijau 8 5 09

Penyampaian Kit Bumi Hijau dan Insentif Pengeluaran Tanaman  YB Pn Noriah bt Kasnon Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air merangkap Ahli Parlimen Sungai Besar

Hj Anuar B Hijau 8 5 09

Kit B Hijau 8 5 09

 B hijau 8 5 09

B Hijau SN 8 5 09

Posted by: arifinzainal12 | 14 Mei 2009

HARI BERTEMU PELANGGAN PEJABAT PERTANIAN DAERAH SABAK BERNAM

Program Hari Bertemu Pelanggan Pejabat Pertanian Daerah Sabak Bernam diadakan pada 29hb. April 2009 sempena bulan tanaman bertempat di perkarangan Pejabat Pertanian dalam Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam.

Tujuan program ialah untuk mendekatkan pelanggan khususnya masyarakat petani dan penjawat awam di kompleks kerajaan daerah Sabak Bernam dengan fungsi Pejabat Pertanian. Pelanggan yang datang boleh mendapat maklumat daripada agensi dan usahawan bimbingan Jabatan Pertanian serta berpeluang untuk mendapat benih dan anak pokok.

Dalam program Hari Bertemu Pelanggan, Pejabat Pertanian daerah juga ada membuka Klinik Pengembangan untuk memberi peluang kepada pelanggan membuat aduan berhubung masalah atau mendapatkan perkhidmatan kepada pegawai yang ditugaskan. Dalam program tersebut juga diadakan gerai pameran dan jualan yang berkaitan tanaman yang dikendalikan oleh agensi kerajaan dan usahawan bimbingan Jabatan Pertanian. Turut di adakan pada hari tersebut ialah penyerahan Kit Bumi Hijau dan pertandingan memasak.

Lebih 600 pelanggan yang hadir pada program Hari Bertemu Pelanggan Pejabat Pertanian Daerah Sabak Bernam. Antara tetamu yang hadir ialah Tuan Pegawai Daerah Sabak Bernam, Orang Besar Daerah Sabak Bernam dan Ketua-Ketua Jabatan di daerah Sabak Bernam. Hj Anuar merasmikan majlisProgram dirasmikan oleh Hj Anuar b Bujang – Pegawai Pertanian Daerah Sabak Bernam

Antara Tetamu Yang Hadir Do & OBDAntara tetamu yang hadir ialah Tuan DO dan Orang Besar Daerah Sabak Bernam

Antara Pengusaha Yg Turut Serta

Pengusaha yg turut serta

 

 

 

 

 

 

Antara pengusaha bimbingan Jabatan Pertanian yang turut serta mengambil bahagian.

Meja Aduan PelangganMeja Aduan Pelanggan untuk pelanggan membuat aduan atau mendapat bimbingan.

Hands on campuran tanahHands on membuat campuran tanah untuk tanaman

Menyampaikan Kit Bumi Hijau Kpd OBDPegawai Pertanian menyampaikan Kit Bumi Hijau kepada Orang Besar Daerah

Penyampaian Hadiah Kpd Pengunjung BertuahTuan Hj Sharif Nordin b Bangi menyampaikan hadiah kepada pengunjung bertuah

 

Older Posts »

Kategori