Posted by: arifinzainal12 | 17 April 2009

SERANGAN SIPUT GONDANG DISAWAH PADI

siput-gondang

sawah-diserang-siput-gondangtelur-siput-gondang1

 SIPUT GONDANG EMAS ( Pomacea s.p )

Pengenalan

Siput Gondang Emas (SGE) merupakan perosak tanaman padi yang utama di Malaysia. SGE ini berasal daripada kawasan paya dan sungai di Argentina dan Brazil di Amerika Selatan. Ia juga dikatakan sebagai perosak utama kepada kawasan padi di Negara Taiwan, Jepun, Filipina, Thailand dan Indonesia. Di kawasan Muda terdapat 2 jenis SGE yang dikesan iaitu

Pomacea canaliculata (warna keemasan) dan Pomacea incerlarus (warna kehitaman).

SGE sejenis herbivor, kerosakannya pada tanaman padi adalah secara menyerang pangkal anak pokok padi sebelum memusnahkan pada bahagian lain. Ianya menyerang dan merosakan anak-anak padi yang berumur sehingga 30 hari selepas menabur dan ianya boleh menyebabkan kehilangan 93% hasil padi. Tanda- tanda kehadirannya menyebabkan tompok-tompok dalam sawah seperti anak benih tidak tumbuh dan kehadiran telur pada batas sawah dan rumpai. Dengan ini tinjauan bendang secara berterusan perlu dilakukan jika terdapat SGE.

Kawalan siput gondang emas terbahagi kepada 4 kaedah iaitu:

Kawalan Kultura dan Fizikal

Kawalan ini melibatkan kerja-kerja mengutip dan memusnahkan telur dan siput. Pancang-pancang kayu diletakkan di tempat yang terdapat siput untuk menjadi tempat bertelur. Rumpai di sawah perlu dibersihkan pada peringkat padi membesar.

Kaedah Mekanikal

 Pasang jaring di gelung air keluar dan masuk bagi menghalang siput ini masuk ke dalam sawah.

Kaedah Biologi

Ternakan itik Khaki Campbell dan Muscovy boleh digunakan sebagai agen kawalan. Itik akan memakan telur dan siput di dalam bendang.

 Kaedah Kimia

Terdapat beberapa jenis racun yang disyorkan untuk kawalan SGE. Antara racun yang boleh digunakan ialah niclosamide, saponin dan lain-lain.

  – Risalah MADA

 

 

 

 

 

 

 

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: