Posted by: arifinzainal12 | 2 Mac 2009

PENYAKIT KARAH TANAMAN PADI

Penyakit Karah telah menjadi penyakit utama yang menyerang tanaman padi didaerah Sabak Bernam akhir-akhir ini. Para pesawah adalah dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan kesawah padi masing-masing setiap 2 hari sekali secara rambang.

Penyakit karah adalah sejenis penyakit padi yang disebabkan oleh kulat Pyricularia oryzae. Penyakit ini menyebabkan kehilangan hasil sehingga 100%. Penyakit Karah menyerang pada semua peringkat tanaman padi. Pada peringkat awal penyakit ini menyerang daun padi yang menyebabkan daun menjadi kering dan mati. Pada peringkat padi terbit, penyakit Karah dikenali sebagai Reput Tangkai menyebabkan tangkai padi menjadi reput dan padi tidak berisi.

Tanda serangan penyakit pada daun, terdapat bintik-bintik lonjong dikedua-dua hujung dan tepi bintik berwarna perang kemerahan serta ditengahnya berwarna putih kekelabuan. Pada tangkai padi terdapat tanda hitam keperangan dimana tangkai padi menjadi reput serta patah dan padi tidak berisi.

Penyakit Karah boleh merebak melalui angin, biji benih, jerami dan melalui manusia.

Untuk mengawal penyakit ini pesawah adalah dinasihatkan sentiasa melaksanakan AMALAN PERTANIAN BAIK secara membakar jerami dan tunggul padi secara menyeluruh dan terkawal, menanam padi yang rintang pada penyakit ini seperti MR219 dan MR220, jangan menanam padi yang tidak disyorkan oleh Jabatan Pertanian seperti padi wangi. Guna baja unsur N pada kadar yang disyorkan (120kg/ha) dan baja berunsur silika sebagai baja asas untuk mengurangkan jangkitan. Lakukan rawatan biji benih padi dengan racun kulat seperti benomyl atau carbendazim.

Pesawah adalah dinasihatkan untuk menjalankan pemantauan kesawah masing-masing secara kerap dan berterusan. Sentiasalah berhubung dengan Pejabat Pertanian yang berdekatan.

picture12

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: